Latihan Keusahawanan - KDB (Klik Dengan Bijak)
Tujuan
Kelas Keusahawanan - KDB (Klik Dengan Bijak) ini telah dihadiri oleh 2 orang peserta dari golongan lepasan sekolah. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk peserta dari golongan lepasan sekolah menyemak keputusan tempat pengajian masing-masing.
Aktiviti
Peserta diberikan tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menyemak keputusan permohonan pusat pengajian masing-masing. Selain itu, peserta juga diberikan penerangan supaya klik dengan bijak dalam melayari sebarang laman web.
Latihan Keusahawanan - Ms.Word
TUJUAN
Kelas keusahawanan - erezeki ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar atau peserta menjadi pengguna yang mahir dan mampu menggunakan Ms.Word dengan baik.
AKTIVITI
Peserta mencari bahan rujukan di internet dan portal rasmi Pi1m Pengkalan Berangan untuk dijadikan rujukan utama dalam tugasan kerja kursus mereka. Selain itu, peserta diajar menggunakan Ms.Word untuk menyalin maklumat dari internet kepada Ms.Word.
Latihan Keusahawanan - Ms Word
TUJUAN
Kelas latihan keusahawanan ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta dari golongan pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan untuk peserta tingkatan 3 menyiapkan kerja kursus mereka yang bertajuk sejarah Kampung Pengkalan Berangan.
AKTIVITI
Peserta mencari maklumat untuk kerja kursus mereka dan menjadikan portal PI1M Pengkalan Berangan sebagai bahan rujukan utama.
Dashboard - MyHealth
TUJUAN
Kelas Dashboard - Myhealth ini telah dihadiri oleh 2 orang peserta dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menerangkan kepada peserta Orang Kurang Upaya (OKU) ini supaya mereka boleh membuat pemeriksaan kesihatan hanya melalui dashboard Komuniti - Myhealth.
AKTIVITI
Peserta diberikan penerangan mengenai Dashboard - Myhealth berfungsi dan peserta diberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Latihan Asas Komputer - Ms.Word
TUJUAN
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah dari SMK Pengkalan Berangan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memlahirkan generasi pelajar yang mahir komputer terutama dalam penggunaan Ms.Word.
AKTIVITI
Peserta telah diajar cara yang betul untuk menggunakan Ms.word. Di samping itu, peserta juga dapat menguasai ms.word dengan mudah dan sistematik.