Latihan Keusahawanan - Ms.Excel
Tujuan
Kelas latihan keusahawanan - Ms.Excel telah dihadiri oleh 3 orang peserta dari kalangan Guru tadika. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada peserta untuk melakukan kerjanya kerana petugas dapat memberi sebarangan bimbingan kepada peserta.
Aktiviti
peserta diajar cara yang betul untuk menggunakan software Ms.Excel dengan memasuki data yang peserta hendak masukan.
KDB - sebenarnya.my
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendidik peserta yang dibawah peringkat umur supaya berhati-hati dalam menyebarkan berita atau sesuatu perkara kepada rakan-rakan.
Aktiviti
Peserta telah dibentangkan dengan portal Sebenarnya.My dan diberikan tunjuk ajar untuk mengenalpasti sesuatu berita samada ianya palsu atau benar.
Latihan Asas Komputer bersama MPKK
Tujuan
Kelas latihan asas komputer bersama MPKK Pengkalan Berangan ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta menggunakan komputer dan menaip dengan baik dan teratur.
Aktiviti
Peserta telah diberikan tugasan ringkasan berpandukan buku. Disamping itu, peserta juga telah mempelajari cara untuk membina email masing-masing.
Latihan Asas Komputer

Latihan Keusahawanan - Ms. Word
Tujuan
Kelas Latihan Keusahawanan - Ms.Word telah dihadiri oleh seorang peserta dari golongan belia. Tujuan kelas latihan keusahawanan ini diadakan adalah untuk membantu peserta mempelajari dan menggunakan Ms.Word dengan baik dan mudah.
Aktiviti
Peserta diberikan tugasan ringkas untuk meningkatkan daya kemahiran menaip dan penguasaan penggunaan Ms.Word kepada peserta.