Mengemaskini Data Pelajar Kemas

JAN19

IMG 7567

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta dari golongan guru tadika kemas. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu guru-guru tadika mengemaskini data pelajar kemas dengan baik.

Aktiviti

Peserta telah mengemaskini data pelajat kemas dengan baik seperti yang telah diajarkan.

GAMBAR DISINI

Perkakasan Komputer - Pengenalan Kepada Perkakasan

DS2

IMG 7556

Tujuan 

Kelas Perkakasan Komputer - Pengenalan kepada Komputer telah dihadiri oleh 10 orang peserta dari golongan belia dan ibu bapa. Tujuan kelas ini adakan adalah untuk melatih peserta yang baru sahaja ingin belajar mengenai asas komputer ( Fobia Komputer ).

Aktiviti

 Peserta diajar cara-cara untuk menggunakan komputer dengan betul dan baik. Peserta telah diajar cara untuk membuat folder baru, menaip menggunakan notepad, melukis menggunakan PAINT dan peserta juga diberikan tugasan ringkasan untuk melatih kemahiran dan kefahaman sepanjang mempelajari asas komputer.

GAMBAR DISINI

Dashboard Komuniti - My Komuniti ( Sijil )

SS

IMG 7503

Tujuan

Kelas My Komuniti ( membina sijil ) telah dihadiri oleh 8 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar membina sijil dengan cara yang mudah.

Aktiviti

Peserta diberikan tugasan untuk membina sijil dengan cara yang paling iaitu menggunakan software Ms.Word. Selepas itu, peserta diminta untuk memuat naik sijil tersebut ke Applikasi Dashboard - My Komuniti bagi berkongsi aktiviti yang telah dilakukan di Pusat Internet.

Latihan Keusahawanan - Ms.Word

DS1

IMG 7525

Tujuan

Kelas latihan keusahawanan - Ms.Word telah dihadiri oleh 10 orang peserta dari golongan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta menaip dengan cara yang betul dan lebih lancar dalam menaip.

Aktiviti

Peserta telah diberikan tugasan ringkasan untuk melatih kecekapan menaip dengan menggunakan Ms.Word.

GAMBAR DISINI

Latihan Keusahawanan - SPA Online

DS

IMG 7247

Tujuan

Kelas latihan keusahawanan - SPA Online telah dihadiri oleh 2 orang dari golongan wanita. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk mengisi atau mengemaskini SPA8i peserta.

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan mengenai cara untuk memohon kerja bagi sektor kerajaan iaitu mendaftar akaun dan memasukkan maklumat peribadi dan pendidikan sebelum memohon pekerjaan di SPA8i.