PROMOSI DASHBOARD - MYKOMUNITI
TUJUAN
Kelas promosi Dashboard - MyKomuniti ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta dari golongan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah mempromosikan kepada pelajar sekolah mengenai cara mudah untuk mereka mewarwarkan atau menghebohkan sesuatu berita yang sahih kepada komuniti melalui Dashboard -My Komuniti.
AKTIVITI
Peserta telah diajar cara untuk menggunakan dashboard Komuniti. selain itu, peserta juga diajar cara untuk membuat hebahan kepada komuniti melalui My Komuniti dengan mudah dan cepat.