E - Pembelajaran ( Permainan Pendidikan )
TUJUAN
Kelas ini telah dihadiri oleh 7 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang kreatif dalam menghasilkan lukisan berdasarkan applikasi paint dalam komputer.
AKTIVITI
Peserta ditugaskan untuk menghasilkan satu lukisan mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, peserta juga turut diberikan masa sepanjang menghasilkan lukisan tersebut agar peserta dapat mencabar daya kreativti masing-masing dan masa yang diberikan adalah selama setengah jam sahaja. Peserta berjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan baik.
Latihan Asas e-Rezeki
TUJUAN
Melahirkan usahawan yang mampu menjana pendapatan melalui flatform e-Rezeki.
AKTIVITI
Memberi penerangan dan latihan asas kepada peserta mengenai cara untuk menjana pendapatan melalui digital sahaja. Selain itu, peserta juga membuat tinjuan untuk melihat keberkesanan flatform e-Rezeki ini selepas selesai sesi pembelajaran asas latihan e-rezeki.
LATIHAN KEUSAHAWANAN - (Ms.Word)
TUJUAN
Kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk membantu golongan wanita yang tidak fasih dalam menggunakan perisian Ms.Word supaya mahir dan lancar menaip serta dapat menguasai komputer dengan lebih baik. Selain itu, peserta juga akan dapat menjadikan Ms.Word ini satu flatform untuk mereka dalam bidang perniagaan, contohnya mampu untuk memgendalikan surat, membuat flyers, mencipta logo produk dan sebagainya.
AKTIVITI
Peserta di ajar teknik yang betul untuk menaip dengan pantas dan di ajar juga cara untuk mengunakan perisian Ms.Word tersebut.
KDB - (Pembelajaran Online)
TUJUAN
Kelas KDB - Pembelajaran Online ini diadakan adalah untuk membantu pelajar lepasan sekolah mencari pusat pengajian yang bersesuaian dengan pencapaian mereka agar dapat memudahkan hala tuju mereka selepas mendapat keputusan peperiksaan nanti.
AKTIVTI
Peserta telah diajar cara untuk mencari maklumat secara online.
DASHBOARD KOMUNITI (My Shop)
TUJUAN
Mempromosikan Dashboard Komuniti ( My Shop ) kepada peserta mengenai cara mudah untuk mempromosikan produk kepada orang ramai dengan mengunakan Applikasi Dashboard Komuniti ini.
AKTIVITI
Peserta mempelajari cara untuk mempromosikan produk mereka di sub My Shop yang terdapat dalam dashboard komuniti ini.