Simulasi Data Pelajar bersama Guru Tadika
TUJUAN
Simulasi Data Pelajar tadika ini telah dianjurkan oleh guru tadika di Pi1m Pengkalan Berangan dan seramai 15 orang telah menghadiri. Tujuan Simulasi Data Pelajar ini diadakan adalah untuk mengemaskini maklumat pelajar tadika bagi setiap tadika dalam dun Pengkalan Berangan.
AKTIVITI
Guru Tadika telah mengemaskini data pelajar menggunakan komputer dan di samping itu, guru tadika telah dibimbang oleh petugas Pi1m bagi memudahkan sesi mengemaskini data pelajar supaya dapat melancarkan simulasi para guru tadika.
Perisian atas Talian - (UPU Online)
TUJUAN
Kelas ini telah dihadiri seramai 2 orang peserta yang terdiri daripada golongan lepasan sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memudahkan para pelajar lepasan sekolah untuk mengisi ataupun memilih pusat pengajian yang hendak mereka lanjutkan pelajaran ke kolej/universiti yang mereka minati.
AKTIVITI
Peserta mendaftar masuk untuk pengguna baru dan memilih pusat pengajian yang bersesuaian dengan keputusan mereka.
Dashboard Komuniti - (My Health)
TUJUAN
Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti (My Health).
AKTIVITI
Peserta mempelajari tentang kegunaan My Health di Dashboard Komuniti. Selain itu, peserta juga diberikan pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tekanan darah dalam badan. Justeru itu, selepas pemeriksaan dibuat peserta dapat melihat sendiri keputusan tekanan darah mereka di Sub My Health itu.
Latihan Keusahawanan - Membina Laman Email
TUJUAN
Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta, antara peserta ini adalah semua guru tadika. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu kemahiran guru tadika dalam menggunakan laman email.
AKTIVITI
Peserta telah diajar cara untuk membina laman email, peserta juga dipraktiskan supaya menggunakan laman email tersebut untuk berhubung dengan rakan-rakan dan juga di ajar cara untuk menghantar dokumen kepada pihak yang berkenaan. Di samping itu, peserta merasa dengan adanya laman email ini dokumen yang hendak disampaikan berfungsi dengan begitu cepat dan mudah.
Dashboard Komuniti - My Komuniti
TUJUAN
Kelas ini telah dihadiri oleh 2 orang peserta. Tujuan sesi pembelajaran My Komuniti ini adalah supaya peserta dapat membuat sebarang hebahan atau maklumat di sub My komuniti dalam flatform Dashboard Komuniti ini.
AKTIVITI
Peserta telah diajar cara untuk log masuk ke flatform Dashboard Komuniti dan juga turut diajar bagaimana cara untuk membuat sebarang hebahan atau berkongsi maklumat kepada komuniti yang lain di bahagian sub My Komuniti.