LATAR BELAKANG
Hadi merupakan seorang pelajar SK Pengkalan Berangan berada di tahun 3. Beliau sering berkunjung ke PIK Pengkalan Berangan bersama kawan-kawan. Beliau merupakan ahli di PIK Pengkalan Berangan, disebabkan kelebihan menjadi ahli di PIK Pengkalan Berangan boleh menggunakan PC secara percuma untuk jam pertama, beliau sering meminta bantuan petugas untuk menggunakan on/off PC serta mencari maklumat seperti kawan-kawan yang lain.
SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT
Seawal kehadiran beliau ke Pusat Internet Komuniti (PIK), beliau tidak begitu pasih menggunakan PC dan selalu dibimbingan oleh petugas.
SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT
Kemahiran beliau kini sangat positif dan mampu menggunakan PC tanpa bimbingan dari petugas.
Perniagaan menjual dakwat printer
Latar Belakang
Tuan Bani menjalankan perniagaan menjual dakwat berwarna & hitam putih semenjak 3 tahun lalu secara kecil-kecilan dengan menjaja jualannya dari tempat ke suatu tempat. Oleh kerana service yang dilakukan itu mendapat sambutan dari pelanggan, beliau menjual secara online melalui facebook ( fb ) dan flatform shopee. Pada hujung tahun 2019 beliau ada berkunjung ke PIK Pengkalan Berangan untuk mempromosikan jualan yang dijual itu, selepas mengenali PIK Pengkalan Berangan beliau terus berminat untuk menyertai kelas latihan keusahawanan yang disediakan disini secara percuma. Awal tahun 2021 beliau menjadi ahli sebagai pengguna PIK dan ada menyertai beberapa kelas latihan untuk mengembangkan lagi perniagaannya di PIK Pengkalan Berangan dengan mendapatkan membimbingan dari petugas di PIK Pengkalan Berangan.
SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT
Pendapatan beliau dengan hanya mencecah RM 500- RM 900 sahaja
SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT
Melalui kelas yang telah beliau sertai di pusat internet, pendapatan beliau kini sudah mampu mencapai RM 900 – RM 2000 sebulan
Perniagaan FULL TIME Baker
LATAR BELAKANG
Puan Ruzlita merupakan seorang suri ru,ah sepanjang masa dan beliau mula berjinak-jinak dalam bidang bakery ini kerana merasakan dirinya serasi dan diawal percubaan jualan nya ada sambutan dari kawan-kawan dan sekaligus menjadikan semangatnya untuk menjual kek di rumah di samping menjadi suri rumah kepada suami dan anak-anak kini mendapat sambutan terus-terusan. Kekangan yang dihadapi oleh beliau ialah tidak mempunyai asas dan ilmu yang cukup dalam bidang perniagaan.
SEBELUM PENGLIBATAN PI / PENGGUNAAN ICT
Pendapatan beliau dengan hanya jualan suka-suka dari rumah hanya mencapai keuntungan di bawah 500 sebulan
SELEPAS PENGGUNAAN PI / PENGGUNAAN ICT
Melalui kelas yang telah beliau sertai di pusat internet, pendapatan beliau kini hamper mencecah RM 3,000 sebulan.
LATAR BELAKANG
Sabarnun merupakan seorang guru tabika KEMAS dan beliau juga sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti(PIK) Pengkalan Berangan untuk mendapatkan maklumat serta menggunakan PC. Di samping itu, beliau juga menjadikan Pusat Internet Komuniti (PIK) ini sebagai sumber internet yang paling mudah untuk beliau menyelesai sebarang kerja yang membabitkan penghantaran mesej/dokumen secara online( dengan bimbingan petugas).
SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT
Seawal kehadiran beliau ke Pusat Internet Komuniti (PIK), beliau tidak begitu pasih menggunakan PC dan selalu dibimbingan oleh petugas.
SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT
Kemahiran beliau kini sangat positif dan mampu menggunakan PC tanpa bimbingan dari petugas.
Perniagaan keropok Pengkalan Setar
LATAR BELAKANG
Puan fitriah atau nama panggilan beliau epy, merupakan seorang usahawan kecil-kecilan menjual kerepok keping dan kerepok vacuum kepada pelanggannya dengan menawarkan perkhidmatan cosh on delivery (COD) dan juga secara pos bagi mereka yang jauh. Perniagaan Fitriah mula dikenali selepas beliau cukup kerap mempromosikan perniagaan di laman sosial facebook (FB). Di samping itu, perniagaan beliau juga turut mendapat sokongan daripada adik-beradik sendiri yang sering mempromosikan perniagaanya di laman sosial facebook (FB). Selain itu, beliau juga turut menjual kudapan seperti keropok sira, keropok segera serta buah asam celagi.
SEBELUM PENGLIBATAN PIK / PENGGUNAAN ICT
Beliau tidak mempunyai pengurusan wang baik untuk mengira seberapa untung yang telah diperolehi
SELEPAS PENGLIBATAN PIK / PENGGUNAAN ICT
Melalui kelas yang telah beliau sertai di pusat internet, kini beliau dapat mencapai pendapatan yang agak lumayan setiap bulan melepasi RM2,000 sebulan.