Kampung Pengkalan Berangan juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang begitu indah. Di sini terdapat sebuah sungai yang kaya dengan isinya seperti udang galah. Kampung Pengkalan Berangan memang terkenal dengan pesta memancing udang galah dan memancing ikan air tawar. Pada setiap tahun diadakan pesta pertandingan memancing bagi menarik pelancong tempatan dan juga luar negeri.
Selain itu juga di Kg Pengkalan Berangan tempat yang menarik untuk dikunjungi adalah kem PLKN Cenderawasih Cador. Selain menerima pelatih PLKN yang terpilih, kem ini juga menerima sebarang aktiviti daripada pihak luar yang memohon untuk menjalankan aktiviti di kem ini ketika pelatih PLKN tamat.