JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET
TUJUAN
Program JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta dari semua golongan dari komuniti setempat Kg Pengkalan Berangan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk gaya hidup kepada komuniti. Selain itu, mempromosikan Dashboard Komuniti kepada penduduk kg kerana dengan adanya My Health peserta dapat mengetahui kadar darah dalam badan dan ketinggian serta berat badan yang telah diperiksa di My health hanya melalui Pusat Internet sahaja tanpa pergi ke klinik untuk pemeriksaan tersebut. Di samping, Dashbord Komuniti juga turut mengadakan soalan kuiz untuk peserta yang download applikasi Dashboard komuniti dan mendaftar diri menjadi ahli di Pusat internet Pengkalan Berangan.
AKTIVITI
Pelbagai Aktiviti diadakan semasa Program tersebut diadakan yang berkenaan dengan pemeriksaan kesihatan, taklimat, pertandingan kuiz, cabutan bertuah dan beberapa lagi akti viti yang melibatkan " Jom Sihat Bersama Pusat Internet".
Multimedia Adobe - Photoshop & illutrasi
Tujuan
Kelas Multimedia Adobe ( Photoshop & illutrasi ) telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pemuda MPKK menggunakan software Adobe Photoshop dengan baik dan berpengetahuan dalam melakukan sebarangan editan yang membabitkan kerja semasa bertugas di tempat kerja.
Aktiviti
Peserta diajar cara untuk melakukan editan menggunakan software Adobe Photoshop. Disamping itu, peserta juga diberikan latihan ringkasan untuk menguji tahap kemahiran dan kefasihah peserta dengan menggunakan software adobe Photoshop tersebut.
Dashboard Komuniti
Tujuan
Kelas Dashboard Komuniti telah dihadiri oleh 10 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti kepada pelajar.
Aktiviti
Memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai manfaat yang boleh digunakan dalam Dashboard Komuniti antaranya ialah menyampaikan berita atau sesuatu perkara rakan-rakan dengan cepat dan mudah hanya melalui My Komuniti serta pemeriksaan kesihatan juga boleh dilakukan melalui My health.
Latihan Keusahawanan - Suntingan Imej
Tujuan
Kelas latihan Keusahawanan - suntingan imej telah dihadiri oleh 8 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari cara untuk membina sesuatu imej atau objek yang berbentuk gambar menggunakan software PAINT. Disamping itu, peserta juga dapat mempelajari asas menggunakan software paint dengan lebih baik dan kreatif.
Aktiviti
Peserta dilatih untuk menghasilkan sebuah imej yang didekasikan sebagai sebuah lori menggunakan software paint.
Membina Laman Email
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta dari belia. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta membina laman email dan membantu memulihkan atau mengambil semula email yang terlupa kata laluan dengan mudah dan berkesan.
Aktiviti
Peserta diajar cara untuk membina laman email dan mempelajari cara untuk menggunakan email dengan betul untuk kegunaan lain-lain.