Kami di PI Kg Pengkalan Berangan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua.
* e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)
* e-Pembelajaran (e-Learning)
* Pengumpulan dan pertukaran maklumat
* Pusat Komunikasi
* Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
* Pusat peperiksaan dan persijilan.
Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer. Objektif program ini ialah menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. Selain peranan yang dimainkan oleh Perpustakaan Desa sebagai pusat rujukan buku-buku ilmiah dan majalah, Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti turut dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner) dan kemudahan internet percuma. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.
Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016 adalah anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Tempoh pertandingan ini adalah selama tiga (3) bulan bermula dari 1 Jun hingga 1 September 2016.
Tema pertandingan adalah ‘Memperkasakan Remaja Digital dengan Gaya Hidup Sihat (‘Empowering Digital Youth with Healthy Lifestyle’).
B. Kelayakan Pertandingan
Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 hingga 24 tahun mengikut kategori seperti berikut:
Kategori I (13 – 15 tahun)
Kategori II (16 – 18 tahun)
Kategori III (19 – 24 tahun)
Terma dan Syarat Pertandingan
1. Penyertaan adalah percuma.
2. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan.
Bagi penyertaan berkumpulan, setiap kumpulan hendaklah tidak lebih dari 5 orang (termasuk ketua kumpulan). Borang ahli kumpulan seperti di Lampiran A.
3. Peserta boleh menghantar tiga (3) video yang berlainan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak untuk menerima satu hadiah sahaja.
4. Peserta dan pelakon di bawah umur 18 tahun yang terlibat dalam penghasilan video perlu mengisi Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga (Lampiran B).
5. Peserta hendaklah mengisi dengan lengkap Borang Penyertaan dan Borang Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga (bagi yang berumur di bawah 18 tahun). Borang-borang ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.infosihat.gov.my
6. Setiap produksi boleh melibatkan seberapa ramai pelakon.
7. Genre terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi dan dokumentari.
8. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
9. Konsep video adalah berdasarkan tema ’Memperkasakan Remaja Digital dengan Gaya Hidup Sihat (Empowering Digital Youth with Healthy Lifestyle)’.
Hasil inisiatif dari kerjasama JAKIM & MCMC sebagai salah satu platform perlaksanaan advokasi ICT yang lebih menyeluruh. Pertandingan rekabentuk poster advokasi ICT ini bertemakan isu keselamatan internet dengan suntikan elemen nilai-nilai murni agama Islam. Tempoh pertandingan dirangka bermula pada 1 September hingga 30 November 2016. Kaedah ini adalah salah satu langkah untuk memperkasakan masyarakat mengenai mesej- mesej advokasi dan mempelbagaikan platform dakwah. Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my