hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1.tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2.bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3.sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4.membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks.

5.memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6.membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Sekian, harap maklum.

IMG 6240

 Kesihatan adalah amat penting dalam kehidupan seharian seseorang bagi menjalankan sebarang aktiviti. Seperti mana yang diutarakan oleh pihak  Badan Kesihatan Sedunia (WHO) "Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya".Oleh itu, di Kampung Pengkalan Berangan telah disediakan sebuah klinik kesihatan bertujuan untuk memberi kemudahan rawatan  kesihatan kepada semua penduduk Kampung Pengkalan Berangan dan kawasan sekitarnya.

Antara kemudahan kesihatan yang disediakan ialah :

* Klinik Pergigian
* Klinik Desa
* Klinik Bidan
Alamat :Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan,21040 Marang,Terengganu.No. tel. : 09-680148