KDB - sebenarnya.my

SW

TUJUAN

Kelas KDB - sebenarnya.my telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberitahu kepada pelajar tentang berita palsu dan tidak sahih ini tidak perlu tergesa-gesa untuk diviralkan sebelum mendapat kepastian dan cerita benar dari Sebenarnya.my. Sebaliknya dapatkan dahulu kesahihannya dari portal sebenarnya.my.

AKTIVITI

Menerangkan kepada peserta tentang kebaikan portal sebenarnya.my ini agar sebelum sebarkan berita yang palsu pastikan ianya berita yang sahih dan benar. Peserta juga dikongsikan dengan video-video yang tersedia di portal sebenarnya.my untuk dijadikan sebagai pengajaran supaya jangan tergesa-gesa menyebarkan berita dan dapatkan dahulu kesahihannya. 

GAMBAR DISINI

Latihan eRezeki

JAN

TUJUAN

Kelas latihan eRezeki telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan untuk melatih peserta bagi lepasan kolej/universiti untuk menjana pendapatan melalui flatform digital.

AKTIVITI

Memberi penerangan kepada peserta mengenai eRezeki yang dapat menjana pendapatan melalui digital dan antara flatform yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan bagi mereka yang masih mengganggur serta mahu mencari wang sampingan. selain itu, peserta menjawab soalan kuiz dan menjalani kaji selidik mengenai flatform Erezeki ini.

GAMBAR DISINI

KDB Dan Promosi Dashboard (My Shop)

DIS

TUJUAN

Kelas KDB dan promosi dashboard (My Shop) telah dihadiri oleh 2 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta yang berminat dalam bidang perniagaan mempromosikan produk mereka dalam dashboard komuniti (My Shop). 

AKTIVITI

Peserta mempelajari cara untuk mempromosikan produk di laman sosial. Selain itu, peserta juga turut mempelajari cara untuk menjana pendapatan melalui digital iaitu flatform E-Rezeki.

GAMBAR DISINI

Dashboard Komuniti (MySkool)

DP

TUJUAN

Kelas Dashboard Komuniti (MySkool) telah dihadiri oleh 5 orang peserta sekolah rendah SK Pengkalan Berangan. Tujuan kelas ini diadakan menerangkan kepada peserta mengenai apa yang boleh dilakukan dan dimanfaat sub MySkool dalam applikasi Dashboard Komuniti ini. Peserta telah berjaya mempelajari dan menguasai serba sedikit mengenai MySkool dan dijadikan satu flaform kepada peserta untuk mewarwarkan sesuatu hebahan kepada komuniti mengenai makluman untuk pelajar-pelajar lain.

AKTIVITI

Peserta mempelajari cara untuk menggunakan applikasi dashboard komuniti dan sub MySkool.

GAMBAR DISINI

Kelas Keusahawanan ( Belia )

NOV

TUJUAN

Kelas Keusahawanan ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta berhubung dengan perniagaan dan cara menghasilkan produk yang berkualiti di pasaran.

AKTIVITI

Menjalankan aktiviti yang berhubung dengan bidang perniagaan serta aspek-aspek ilmu keusahawanan.

GAMBAR DISINI