PERMOHONAN BOLEH DIBUAT MELALUI PAUTAN TERSEBUT :- https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

3

 

Pendidikan

 

PENDIDIKAN

Kampung Pengkalan Berangan tidak ketinggalan dalam meningkatkan taraf  pendidikan Negara. Di Kampung Pengkalan Berangan terdapat pelbagai  institusi pendidikan yang disediakan sama ada secara formal atau tidak formal. Kanak-kanak disini dilatih dan diajar sejak berumur 4 tahun lagi.  Pendidikan Formal1.       Tabika dan PRA sekolah1.1   Tabika (KEMAS) di Balai Raya Kg Bukit Baru Program pendidikan pra sekolah KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. 
                   
                                                                                  

tadika 2 
Tabika Kemas
1.2    Pra sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan Pendidikan pra sekolah adalah pendidikan untuk  membantu pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani anak didik diluar lingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar. Tujuan pendidikan pra sekolah untuk membantu meletakkan dasar  ke arah perkembangan sikap, pengetahuan,keterampilan dan daya cipta yang diperlukan untuk anak didik dalam menyesuaikan diri dalam lingkungannya dan untuk pertumbuhan serta perkembangan selanjutnya. Pra sekolah di Kampung Pengkalan Berangan dibuat di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan.                                                                                          
 
 1.3   PASTI (dikendali oleh PAS) Sebuah Pusat asuhan kanak-kanak PASTI juga ditubuhkan disini yang dianjurkan oleh PAS.                             
 
2.       Sekolah Menengah dan Rendah 
 
2.1   Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan (SKPB) Terdapat sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan yang mempunyai seramai  373 orang murid. Kebanyakan murid-murid  disini adalah dari Kampung Pengkalan Berangan dan juga dari kampung berhampiran.                                                             

  skpb 101
 Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan
 
2.2   Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan (SMKPB) Selain itu, sekolah menengah juga terdapat disini bagi meningkatkan tahap pendidikan. Pelajar-pelajar di sini seramai 1060 orang pelajar. Pendidikan  yang terdapat  di sekolah ini ialah bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6.   

smkpb labe 101l 
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan
 
3.       Kelas agama petang/kelas fardhu ain (KAFA) 
Merupakan inisiatif di bawah bimbingan Yayasan Islam Negeri Terengganu. Kelas ini diwujudkan di setiap sekolah rendah untuk pelajar-pelajar tahun 2 hingga tahun 5. Kelas ini diwujudkan bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam. Bagi pelajar tahun 5 penilaian akhir akan dinilai dengan Peperiksaan Khas. Kelas ini diadakan 3 kali seminggu iaitu pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan. 
 
PENDIDIKAN TIDAK FORMAL 
1.       Kelas mengaji Al-Quran dan Fardhu Ain, kelas ini diadakan setiap hari di Masjid Kampung Pengkalan Berangan yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa masjid. Tujuan diadakan adalah untuk meningkatkan taraf pengetahuan berkaitan dengan agama dan di samping memberi bimbingan agama. 
 2.       Ceramah Agama Setiap hari Sabtu Ceramah ini diadakan pada setiap hari  Sabtu di masjid Kampung Pengkalan Berangan yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam. Tujuan diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan agama bagi seluruh lapisan masyarakat. 
 ckhas3 
Ceramah agama
 
3.       Perpustakaan DesaTerdapat sebuah Perpustakaan Desa di Kampung Pengkalan Berangan. Kewujudan Perpustakaan ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat sekitar untuk mendapatkan pelbagai ilmu untuk rujukan. Perpustakaan Desa juga terdapat 2 buah komputer bagi perkhidmatan ICT secara percuma bagi memberi pendedahan kepada masyarakat.                                         
 

    
label libary
Perpustakaan Desa Pengkalan Berangan
 
   
4.Malahan terdapat sebuah institusi pendidikan yang telah terbina sejak 2007 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2010. Merupakan projek Institusi yang dapat memberi peluang pendidikan dan pekerjaan kepada penduduk setempat. Pembangunan institusi ini juga telah meningkatkan taraf sumber ekonomi dan pendapatan penduduk disini  dan secara langsung menyumbang kepada peningkatan taraf hidup mereka. Antara objektif penubuhan Institut Latihan Perindustrian ( ILP ) ini Kg. Bukit Parit bersebelahan Kg. Pengkalan Berangan ini adalah ;

Ø  Meningkatkan akses dan peluang kepada pendidikan dan latihan dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional yang berkualiti dan relevan kepada semua peringkat dengan matlamat melahirkan K-Workers yang mahir selaras dengan keperluan Program Transformasi Kerajaan (GTP);

Ø  Memastikan pekerja mahir di dalam industri memenuhi spesifikasi yang diperlukan dengan mempunyai keupayaan pengetahuan dan kemahiran serta kompeten dan memiliki ‘nilai tambah’ dalam menjalankan tugas berdasar kepada keperluan Program Transformasi Ekonomi (ETP) supaya mampu memacu ke arah “Negara Berpendapatan Tinggi”;

Ø  Memperkukuhkan daya saing sumber manusia mahir menerusi program inovasi, penyelidikan dan perancangan serta menjadikan institut sebagai pusat ilmu dan kemahiran setempat dengan matlamat sebagai pemangkin transformasi ekonomi Negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya menjelang tahun 2020;

Ø  Mengukuhkan tahap keupayaan pelaksanaan perkhidmatan yang berkesan selari dengan NKRA Kementerian Sumber Manusia dengan sentiasa memastikan pengurusan pentadbiran yang cekap dan berkesan, pengurusan kewangan yang berhemah, pembangunan perkhidmatan dan kerjaya yang terurus dan terancang serta mengutamakan aspek keselamatan bangunan, pejabat, harta benda dan kesihatan pekerjaan dalam pelaksanaan tugas seharian disamping mewujudkan mekanisma aduan dan khidmat pelanggan sebagai pusat maklumbalas perkhidmatan.
 
 ilp marang