Dashboard - Mykomuniti
Tujuan
Kelas Dashboard - My Komuniti ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta dari golongan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti - My Komuniti kepada para pelajar sekolah rendah.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan mengenai My Komuniti dan diberikan tugasan kepada peserta untuk membuat sebarang hebahan atau menyampaikan maklumat melalui My komuniti.
MIcrosoft office - Ms.Word
Tujuan
Kelas Microsoft Office - MsWord ini telah diharidi oleh 2 orang peserta dari golongan pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta cara untuk membuat phamplet dengan menggunakan Ms.Word sahaja.
Aktiviti
Peserta di ajar menggunakan Ms.Word untuk menghasilkan phamplet yang kreatif dan mudah.
Dashboard Komuniti - My Komuniti
Tujuan
Kelas Dashboard Komuniti - My Komuniti ini telah dihadiri oleh 1 orang peserta dari golongan belia. Tujuan Kelas ini diadakan adalah mempromosikan Dashboard Komuniti kepada komuniti.
Aktiviti
Menerangkan kepada peserta mengenai kemudahan dan manfaat yang didapati dalam Aplikasi Dashboard Komuniti ini. Contohnya, peserta dapat memwarwarkan atau membuat hebahan di My Komuniti kepada orang ramai. Maklumat yang ingin disampaikan mudah sampai dan cepat dihebahkan.
KDB - Perisian Atas Talian
Tujuan
Kelas KDB - Perisian Atas Talian ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari golongan pelajar kolej. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi bimbingan kepada peserta cara untuk klik dengan bijak semasa menggunakan perisian atas talian.
Aktiviti
Peserta telah diajar cara untuk copy paste maklumat dari atas talian kepada Ms.Word. Selain itu, peserta diberikan penerangan mengenai klik dengan bijak.
Latihan Keusahawanan - Ms.Word
Tujuan
Kelas Latihan keusahawanan - Ms.Word ini telah dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi bimbingan dan tunjuk kepada peserta mengenai cara asas untuk menggunakan Ms.Word dengan betul.
Aktiviti
Peserta diberikan tugasan ringkas iaitu menaip nota ringkas untuk latihan asas bagi penggunaan Ms.word.