SATAR adalah makanan ringan yang diperbuat dari ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api. Namun begitu, di SATAR tidak asing lagi dan berada dimana-mana perkampungan. Salah satunya adalah Mohd Zaki yang merupakan seorang penduduk tetap Kg Pengkalan Berangan telah menyediakan dan menjual SATAR kepada penduduk kampungnya.
Lokasi kedai beliau berhadapan Sekolah Rendah Pengkalan Berangan.