Latihan Keusahawanan - Ms.Word
Tujuan
Kelas latihan Keusahawanan telah dihadiri oleh 3 orang peserta dari golongan pelajar sekolah menengah dan diadakan di bilik latihan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta menggunakan Ms.Word dengan baik.
Aktiviti
Peserta telah diberikan tugasan ringkas untuk meningkatkan kemahiran menaip menggunakan Ms.Word.
Dashbaord Komuniti - My Komuniti
Tujuan
Membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran menggunakan keyboard dan mouse.
Aktiviti
Peserta telah diberikan tugasan ringkas dengan mewarna dan melakar lukisan secara atas talian dan dimasukkan tugasan tersebut ke dalam Dashboard Komuniti untuk diwarwarkan kepada kawan-kawan mengenai hal yang menarik yang telah dipelajari di Pusat Internet.
Latihan Keusahawanan - Ms.Word
Tujuan
Kelas Latihan Keusahawanan - Ms.Word telah dihadiri oleh seorang peserta dari golongan wanita dan merupakan setiausaha disebuah kampung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta menggunakan Ms.Word dengan baik dalam menaip dan cara-cara untuk membuat surat atau minit mesyuarat.
Aktiviti
Peserta telah diberikan tugasan ringkas untuk menguji tehap kenahiran dan kefahaman peserta semasa sesi pembelajaran diadakan.
SPA EXAM ONLINE
Tujuan
Seorang peserta dari golongan belia telah menghadirkan diri untuk menjawab peperiksaan SPA dalam talian. Tujuan sesi ini adalah membantu dan memudahkan peserta menjawab soalan dengan baik dan tenang di bilik latihan.
Aktiviti
Peserta menjawab soalan dengan tenang dan baik.
Dashboard Komuniti - My Shop ( OKU )
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari golongan OKU. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Peserta telah diajarkan cara untuk manfaatkan ruang My Shop di Dashboard Komuniti. Peserta juga diberikan penerangan mengenai cara-cara untuk menjual produk di ruangan My shop.