Perkakasan Komputer - Pengenalan Perkakasan Komputer
Tujuan
kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta. Tujuan kelas perkakasan komputer ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta tentang perkakasan komputer.
Aktiviti
Peserta telah diberikan tugasan ringkas dengan soalan yang menguji minda peserta mengenai pengenalan perkakasan komputer. Peserta juga dibenarkan untuk mencari jawapan atau maklumat yang mereka perlukan bagi menyiapkan tugasan tersebut di internet.
Latihan Keusahawanan - Ms.Word
Tujuan
Kelas Latihan keusahawanan ini telah di hadiri oleh seorang peserta dari golongan belia. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta mengenai asas Ms.Word dengan cara yang betul.
Aktiviti
Memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara untuk membuat surat rasmi dengan format yang betul.
BULI SIBER
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adlaah untuk memberi taklimat dan penerangan kepada pelajar sekolah rendah.
Aktiviti
Peserta telah diberikan taklimat dan penerangan yang padat mengenai tajuk "BULI SIBER".
e-Kerajaan (SPA8i)
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara untuk memohon SPA8i.
Aktiviti
Peserta telah berjaya mendaftarkan diri untuk memohon dan mengisi SPA8i secara atas talian dan peserta mengisi maklumat peribadi serta memilih jawatan yang ingin dipohon.
Latihan Keusahawanan - Ms.Word
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari golongan pelajar lepasan sekolah. Tujuan kelas ini dadakan adalah untuk membantu peserta supaya menggunakan Ms.Word dengan betul dan baik.
Aktiviti
Peserta telah menggunakan Ms.Word untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.