PERNIAGAAN WESTERM FOOD DAN SERUM FAITH FLEUR ONLINE

AINI

LATAR BELAKANG 

Nurul Aini Binti Mat Adam menjalankan perniagaan werterm food dan serum faith fleur melalui media sosial. Beliau mempromosikan perkhidmatan, penghantaran makanan terus ke rumah pelanggan tanpa mengenakan cas khidmat penghantaran.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 0 - RM 200 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau menggunakan meduim facebook dan turut menggunakan applikasi myshop dalam mempromosikan perniagaan beliau kepada penduduk sekitar. Pendapatan beliau meningkat kepada RM 500 - RM 2000 sebulan.

LEMAH DALAM PENGGUNAAN ICT

SD

LATAR BELAKANG

Beliau seorang pelajar sekolah rendah dan sedang belajar di sekolah kebangsaan Pengkalan Berangan, berumur 8 tahun. sebelum ini, beliau sering berkunjung ke PI1M Pengkalan Berangan hanya melihat rakannya bermain komputer sahaja, kerana beliau kurang mahir dalam penggunaan ICT.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Beliau seorang pelajar yang kurang mahir dalam penggunaan ICT dan kurang pandai membaca serta menaip dalam komputer.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/  PENGLIBATAN PI1M

Dengan bimbingan dan tunjuk ajat oleh PI1M Pengkalan Berangan, beliau kini telah mampu menggunakan ICT dengan baik tanpa meminta bantuan daripada rakan-rakan. Kini beliau penigkatan beliau adalah sangat positif.

re

PERNIAGAAN ONLINE MENJUAL MAKANAN HOMEMADE

KJ

 

LATAR BELAKANG

Siti Mastura merupakan seorang lepasan ijazah dari UPSI dan bekerja di sebuah tabika kemas di Kg Desa Permai. Oleh kerana terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat di elakkan dan kini beliau terpaksa mengambil keputusan untuk tidak lagi berkhidmat di tabika kemas tersebut. Beliau kini cuba untuk menceburi dan mencuba nasib dalam bidang perniagaan secara online. Perniagaan yang dijalankan oleh beliau ialah menjual makanan seperti sushi homemade, kiuh bepang, kuih deram, buah calit yang diperbuat daripada buah sengkuang dan juga lain-lain lagi. perniagaan beliau ini adalah sekiranya terdapat sebarang tempahan atau pesanan dari pelanggan maka baru lah makanan tersebut akan dibuat dan dihantar kepada pelanggan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum beliau menglibatkang diri ke PI1M Kg Pengkalan Berangan dengan menghadiri kelas latihan usahawan, pendapatan beliau kurang memuaskan malahan beliau hampir berputus asa dalam perniagaan online ini.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Selepas beliau sering mengikuti kelas latihan usahawan dan kelas tambahan yang disediakan oleh pihak PI1M Kg Pengkalan Berangan, pendapatan beliau kini semakin bertambah dan permintaan produk beliau juga semakin mendapat sambutan daripada pelanggan.

IMG 5681

 

 

 

PERNIAGAAN MENJUAL MAKANAN GORENG

SS

LATAR BELAKANG

Puan Zuraini telah memulakan perniagaannya pada awal tahUn 2016 dengan hanya menjual buah-buahan bersama adiknya di gerai  ditepi jalan berhampiran sekolah kebangsaan pengkalan berangan, perniagaan yang beliau jalankan adalah secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan untuk kehidupannya dan anak-anak yang bersekolah. kini telah memajukan perniagaannya dengan menjual makanan goreng serta buah-buahan. perniagaan beliau sering menjadi tumpuan penduduk yang lalu-lalang di kawasan gerainya.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Beliau tidak tahu cara untuk mempromosikan produknya kepada pelanggan, malahan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar 400-500 sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Dengan kesungguhan beliau yang ingin sering belajar mengenai cara untuk mempromosikan produknya dan ingin memajukan produknya kepada pelanggan, beliau kini telah mempunyai laman sosial untuk mempromosikan produknya itu. Kini pendapatan  bulanan beliau mencecah 700-800 sebulan.

som 

 

BELAJAR MENAIP, MENGHANTAR EMAIL DAN MENGGUNAKAN KOMPUTER DENGAN BETUL

ER

LATAR BELAKANG

Beliau ialah seorang ketua di Kg Kubu, Pengkalan Berangan. Beliau sering berkunjung ke PI1M Kg Pengkalan Berangan untuk mencari maklumat dan mendapatkan rujukan seperti untuk menaip surat, menghantar email kepada rakan-rakan dan sebagainya. Pengetahuan ICT dan kemahiran menggunakan komputer juga masih tidak mahir untuk digunakan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau kurang dalam penggunaan komputer dan kurang pengetahuan tentang ICT. Beliau sering meminta bantuan daripada orang lain untuk menghidupkan komputer dan tidak mempunyai sebarang kemahiran untuk memulakan penaipan di dalam komputer.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau kini semakin maju dalam dalam menggunakan komputer dan semakin lancar untuk menaip surat. Beliau juga tidak lagi meminta bantuan daripada sesiapa untuk menghidupkan komputer, mampu menghantar surat tanpa diajar dan pengetahuan ICT beliau sekarang semakin membaik.

IMG 5311