PERNIAGAAN ONLINE MENJUAL MAKANAN HOMEMADE

KJ

 

LATAR BELAKANG

Siti Mastura merupakan seorang lepasan ijazah dari UPSI dan bekerja di sebuah tabika kemas di Kg Desa Permai. Oleh kerana terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat di elakkan dan kini beliau terpaksa mengambil keputusan untuk tidak lagi berkhidmat di tabika kemas tersebut. Beliau kini cuba untuk menceburi dan mencuba nasib dalam bidang perniagaan secara online. Perniagaan yang dijalankan oleh beliau ialah menjual makanan seperti sushi homemade, kiuh bepang, kuih deram, buah calit yang diperbuat daripada buah sengkuang dan juga lain-lain lagi. perniagaan beliau ini adalah sekiranya terdapat sebarang tempahan atau pesanan dari pelanggan maka baru lah makanan tersebut akan dibuat dan dihantar kepada pelanggan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum beliau menglibatkang diri ke PI1M Kg Pengkalan Berangan dengan menghadiri kelas latihan usahawan, pendapatan beliau kurang memuaskan malahan beliau hampir berputus asa dalam perniagaan online ini.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Selepas beliau sering mengikuti kelas latihan usahawan dan kelas tambahan yang disediakan oleh pihak PI1M Kg Pengkalan Berangan, pendapatan beliau kini semakin bertambah dan permintaan produk beliau juga semakin mendapat sambutan daripada pelanggan.

IMG 5681