BELAJAR MENAIP, MENGHANTAR EMAIL DAN MENGGUNAKAN KOMPUTER DENGAN BETUL

ER

LATAR BELAKANG

Beliau ialah seorang ketua di Kg Kubu, Pengkalan Berangan. Beliau sering berkunjung ke PI1M Kg Pengkalan Berangan untuk mencari maklumat dan mendapatkan rujukan seperti untuk menaip surat, menghantar email kepada rakan-rakan dan sebagainya. Pengetahuan ICT dan kemahiran menggunakan komputer juga masih tidak mahir untuk digunakan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau kurang dalam penggunaan komputer dan kurang pengetahuan tentang ICT. Beliau sering meminta bantuan daripada orang lain untuk menghidupkan komputer dan tidak mempunyai sebarang kemahiran untuk memulakan penaipan di dalam komputer.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau kini semakin maju dalam dalam menggunakan komputer dan semakin lancar untuk menaip surat. Beliau juga tidak lagi meminta bantuan daripada sesiapa untuk menghidupkan komputer, mampu menghantar surat tanpa diajar dan pengetahuan ICT beliau sekarang semakin membaik.

IMG 5311