PERNIAGAAN ONLINE PENAPIS AIR (CUCKOO)

DEDE

Latar Belakang

Beliau seorang bekasan tenaga pengajar tadika kemas di sebuah perunmahan di kg Desa Permai, marang. Sebelum ini, beliau ada menjalankan perniagaan membuat kuih muih dirumah secara kecil-kecilan. Selepas bertemu dengan seorang rakan yang Berjaya dalam bidang perjualan penapis air (cuckoo) beliau kini sedang giat menjalankan perniagaan online penapis air (cuckoo) di laman sosial facebook dan WhatsAap.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan beliau sebelum ini hanya sekitar 300-500 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan bimbingan petugas dari PI1M Pengkalan Berangan dan atas kesungguhan beliau kini pendapatannya sudah mencecah 1000-3000 setiap bulan.

D

USAHAWAN PERNIAGAAN ONLINE KOSMETIK

JUN2

Latar belakang

Beliau memulakan perniagaan online kosmetik secara kecil-kecilan hanya melalui rumah sahaja. Beliau menjalankan perkhidmatan COD (penghantaran) dan PICK UP SELF dimana pelanggan boleh mengambil tempahan dirumah beliau sendiri. Selain itu, bagi memudahkan pelanggannya membuat tempahan, beliau turut mempromosikan perniagaanya di laman sosial facebook, dashboard komuniti dan whatsAap.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan beliau sebelum melibatkan diri ke PI1M Pengkalan Berangan hanya sekitar 300 – 500 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan bimbingan petugas PI1M Pengkalan Berangan dan kerajinan beliau sendiri, kini pendapatan beliau mencecah 900- 1500 sebulan.

V

LOKMAN

LATAR BELAKANG 

Mohd Lokman Hakim Bin Mohd Asri  berumur 10 tahun sangat berminat mempelajari ilmu ICT dan beliau menyertai setiap kelas latihan keusahawanan ICT yang dijalankan oleh PI1M.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau hanya menggunakan PI1M sebagai tempat untuk bermain games online selain sebagai tempat bertemu rakan sebaya sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau dapat mempelajari cara mengunakan PAINT sebagai salah satu medium yang boleh digunakan untuk membina poster. Selain itu juga beliau turut mempelajari Ms.Office untuk tugasan sekolah.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

JUN

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar sekolah menengah yang sedang belajar di SMK Pengkalan Berangan dan berada di tingkatan 2. Selain itu, beliau juga salah seorang pengunjung PI1M Pengkalan Berangan dan sering berkunjung ke sini kerana ingin mencari bahan rujukan melalui internet. Walau bagaimanapun, beliau mengalami masalah dalam penggunaan komputer dan kurang tahu cara untuk mencari bahan2 rujukan tanpa bimbingan orang sekeliling.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau sering meminta bantuan rakan-rakan sekeliling dan bantuan petugas PI1M untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan kerajinan dan kesungguhan beliau, kini beliau telah mampu menggunakan komputer tanpa bantuan orang dan penggunaan komputer juga semakin membaik dan lebih baik dari sebelumnya.

SWSW

MENJALANKAN PERNIAGAAN OPTOMETRY DAN PEMERIKSAAN MATA

HISYAM

LATAR BELAKANG

En Dzul Hisyam menjalankan perniagaan pemeriksaan mata dan menjual cermin mata bagi mereka yang mengalami masalah rabun mata.

SEBELUM PENGLIBATAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 1000 - RM 2000 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGLIBATAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau menggunakan kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M Pengkalan Berangan dengan mengunakan komputer untuk mengedit gambar poster dengan menggunakan adobe photoshop selain mengunakan kemudahan komputer untuk mempromosikan perniagaan beliau melalui facebook dan instagram. pendapatan beliau meningkat kepada RM 5000.

DEB