WW

LATAR BELAKANG 

Farahani  seorang pelajar sekolah rendah di SK Pengkalan Berangan. Farahani sering berkunjung ke Pusat Internet Pengkalan Berangan selepas selesai sesi persekolahan. Farahani kurang mahir dalam penggunaan Komputer dan hanya melihat rakan-rakan sahaja.

SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Beliau tidak mahir dalam penggunaan Komputer dan sukar untuk menghidupkan komputer dengan sendiri. Malahan Beliau sering meminta bantuan dari rakan-rakan untuk menggunakan komputer.

SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Beliau kini semakin mahir dan semakin membaik dalam menggunakan komputer tanpa bantuan dari rakan-rakan.

SW

 

PERNIAGAAN SAMBAL GARING CHE NOR ( AGENT)

DD

LATAR BELAKANG

Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menjadi agent sambal che nor pada awal tahun 2018. Disamping ingin mencari pendapatan sampingan untuk menyara kehidupan memandangkan beliau seorang pelajar dan sentiasa berdikari mencari pendapatan sendiri tanpa meminta wang dari bapanya.beliau memilih untuk menjadi agent sambal che nor.  Kini perniagaan sambal che nor mula dikenali oleh masyarakat setempat dan beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi menambah lagi keuntungan.

SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Pendapatan beliau hanya sekadar rm 80 – 100  sahaja sebulan keranan kurang mendapat sambutan kerana tiada pengetahuan untuk mempromosikan produk

SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Melalui kelas yang telah beliau sertai di pusat internet, kini pendapatan bulanan beliau mencecah RM 500 – 600 sebulan.

O

PERNIAGAAN "EMANG BURGER"

HASSAN

LATAR BELAKANG

Perniagaan “emang burger” telah diusahakan oleh En.Hassan Bin Muhammad dan isterinya. Selepas beberapa tahun kemudian beliau telah kehilangan insan yang tercinta itu dan kini beliau mengusahakan perniagaan “Emang Burger” bersama-sama anaknya berhampiran rumah beliau di Kg Pengkalan Berangan. Nama “emang burger” diambil bersempena nama putera bongsu beliau yang bernama Badrul Aiman Bin Hassan.

SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Pendapatan beliau hanya sekitar 200-300 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Dengan bimbingan petugas PI Pengkalan Berangan yang banyak membantu beliau dalam mempromosikan produknya, pendapatan beliau kini mencecah 800-1200 sebulan.30571631 1636520236395530 8850496802006580810 n

PERNIAGAAN KERABU MAGGI

SYIMA

LATAR BELAKANG

Puan syima telah menjalankan perniagaan menjual kerabu maggi secara kecil—kecilan  melalui online di facebook dan juga turut menyediakan perkhidmatan menghantar kepada pelanggan yang berdekatan dengan rumahnya.

SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Pendapatan beliau hanya sekitar 200-300 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN/ PENGGUNAAN ICT

Dengan bimbingan petugas PI Pengkalan Berangan yang banyak membantu beliau dalam mempromosikan produknya, pendapatan beliau kini mencecah 500-700 sebulan.

40017123 1635878999854276 484429180927213568 n

ADAM

LATAR BELAKANG

Beliau merupakan seorang pelajar sekolah rendah di sk pengkalan berangan. Berdasarkan dari pemberitahuan daripada guru sekolah beliau, amirul adam mempunyai kelemahan pembelajaran dalam bidang it. Beliau sering berkunjung ke pi pengkalan berangan untuk bermain komputer bersama rakan-rakan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN/ PENGLIBATAN ICT

Potensi untuk menggunakan komputer seperti menghidupkan komputer dan menaip tugasan ringkas agak perlahan berbanding dengan rakan-rakan yang lain.

SELEPAS PENGGUNAAN/ PENGLIBATAN ICT

Beliau mampu menggunakan komputer dengan baik serta lancar dalam menaip tugasan ringkas tanpa meminta bantuan dari rakan-rakan.

IMG 7014