NASIHAH

Latar belakang

 Beliau merupakan seorang penjawat awam di sebuah syarikat sebelum ini. Selepas beberapa tahun beliau telah membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana terdapat masalah pengurusan anak. Di samping itu, suami beliau adalah seorang pekerja swasta dan menyebabkan beliau terpaksa memilih untuk berhenti kerja. Bermula dari itu beliau sering berkunjung dan sering melibatkan diri dalam beberapa program yang di anjurkan oleh PEDi. Disebabkan itu, beliau kini sering mendapatkan bantuan dari PEDi dalam urusan untuk memulakan perniagaan. Kini beliau Berjaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan online dan offline walaupun secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Sebelum mendapatkan Latihan keusahawanan di PEDi Pengkalan Berangan pendapatan beliau hanya dalam lingkungan 1500-2000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mendapatkan Latihan dan bimbingan dari petugas beliau mampu untuk menguasai penggunaan MS office seperti MS Word, dan beliau juga mampu untuk menyiapkan senarai harga makanan dengan menaip sendiri tanpa bantuan dari petugas, dan pendapatan beliau juga semakin meningkat dari sebelum mendapatkan bimbingan dari PEDi.

PHOTO 2023 12 21 09 20 19