LATIHAN KEUSAHAWANAN - MS POWER POINT
TUJUAN
Mempelajari cara untuk menyunting design huruf serta gambar.
AKTIVITI
Peserta mencari maklumat melalui google kemudian memasukan gambar tersebut ke dalam ms.power point dengan cara yang telah diajar.
E-KERAJAAN - Permohonan Maidam ( wanita )
TUJUAN
Permohonan maidam - online (wanita ) telah dihadiri oleh 2 orang peserta dari golongan wanita. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk membantu peserta membuat permohonan bantuan iaitu maidam secara online di pautan http://www.espmb.com/maidam_zakat/
AKTIVITI
Peserta telah diberikan bimbingan mengenai cara untuk membuat permohonan maidam.
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
TUJUAN
Kursus Pengendalian Makanan ini dihadiri oleh 13 orang peserta dari golongan belia dan wanita. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memudahkan peserta yang ingin membuat/memohon sijil pengendalian makanan dengan mudah seperti capaian internet yang lancar dan keadaan sekeliling yang selamat.
AKTIVITI
Kusus Pengendalian Makanan ini di buat secara atas talian dengan tenaga pengajar yang telah disediakan oleh pihak PLM. Kursus ini selama lebih kurang 3 jam sahaja. Pelbagai info yang diberikan kepada peserta seperti kuiz/latihan uji minda. Kursus ini berjalan dengan lancar atas kerjasama semua peserta.
TAKLIMAT SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN
TUJUAN
Taklimat ini diadakan melalui flatform zoom meeting. Tujuan taklimat ini diadakan adalah memberi penerangan kepada peserta yang berminat untuk membuat pendaftaran perniagaan prihatin dengan SSM.
AKTIVITI
Melalui saluran yang betul dan modarator yang disediakan oleh SSM, pelbagai info serta penerangan yang telah diberikan semasa taklimat ini diadakan, disamping itu, peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mengajukan pelbagai soalan kepada pihak moderator ssm.
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG USAHAWAN DIGITAL
TUJUAN
Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan usahawan digital
AKTIVITI
Penyampaian hadiah berjaya dilaksanakan dengan mengikut prosedur dan mematuhi SOP yang ditetapkan.