PERMAINAN PEMBELAJARAN - KUIZ
TUJUAN
Peserta meluang masa lapang ketika cuti sekolah di PEDi Pengkalan Berangan dengan bermain permainan (kuiz) secara online di pautan https://wordwall.net/ms/resource/1185006/huruf-a-b-c
AKTIVITI
Peserta diberikan tunjuk ajar cara untuk memulakan permainan memandang beliau baru berumur 7 tahun. Permainan ini sesuai untuk pelajar sekolah yang berada di umur 5 hingga 9 tahun.
E-PEMBELAJARAN (PAINT)
TUJUAN
Kelas ini di hadiri oleh 2 orang peserta dari golongan pelajar sekolah rendah. pelajaran pada hari ini adalah untuk melukis sesuatu objek menggunakan applikasi paint sahaja.
AKTIVITI
Peserta telah diberi bimbangan mengenai cara untuk menghasilkan sesuatu objek yang digemari dengan hanya menggunakan paint.
MULTIMEDIA - VIDEO (WANITA)
TUJUAN
2 orang peserta telah hadir ke PEDi Pengkalan Berangan untuk mendapatkan bantuan mengenai cara untuk memuat turun video dari youtube.
AKTIVITI
Peserta telah diberikan sedikit tunjuk ajar mengenai cara untuk memuat turun video dari laman youtube dengan mudah dan selamat. Aplikasi yang dicadangkan adalah menggunakan https://en.savefrom.net/144/. Di sini saya sertakan beberapa langkah yang mudah kepada yang menjenguk portal ini harap dapat membantu. Langkah pertama hanya perlu buka laman youtube serta pastikan pilih video yang hendak di muat turun, kemudian copy/salin link lalu paste/tampal pada laman https://en.savefrom.net/144/ lalu peserta boleh memulakan muat turun dan boleh terus simpan ke dalam pendrive. siap!
PERMOHONAN MAIDAM ONLINE
TUJUAN
Membuat permohonan maidam di pautan http://www.espmb.com/maidam_zakat/
AKTIVITI
Peserta meminta bantuan dari petugas untuk membuat permohonan maidam online, peserta telah di bimbang dengan belajar cara untuk mengemaskini maklumat serta hantar permohonan maidam secara online.
PERMOHONAN E-MUNAKAHAT ONLINE
TUJUAN
Seorang peserta dari golongan wanita telah hadir ke PEDi Pengkalan Berangan untuk membuat permohonan kahwin secara online di pautan http://emunakahat.terengganu.gov.my/
AKTIVITI
Peserta yang hadir kali ini ingin mendapatkan bantuan mengenai cara untuk membuat permohonan kahwin secara online, selain itu, peserta juga telah diberikan sedikit penerangan untuk membuat permohonan dengan mengisi dan mengemaskini maklumat status perkahwinan semasa.