PERMOHONAN NIOSH I E - DAFTAR
TUJUAN
NIOSH I E - Daftar ini merupakan Kursus Passport Keselamatan Niosh yang dibuat melalui atas talian di pautan https://edaftar.niosh.net.my/
AKTIVITI
Peserta yang ingin membuat permohonan secara atas talian perlu membuat pembayaran secara atas talian ( online ) manakala kursus tersebut akan dibuat melalui flatform meeting zoom.
MESYUARAT KLUSTER MARANG SESI 2022
TUJUAN
Mesyuarat yang diadakan kali ini membincangkan tentang tugasan yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 bagi setiap PEDi bagi memajukan atau merapatkan lagi jurang digital kepada komuniti dimana yang akan difokuskan kepada usahawan baru serta ikon ICT dalam komuniti setempat serta perlantikan ketua kluster bagi daerah marang serta mencari pelantikan penolong kluster juga.
AKTIVITI
Semua petugas memberikan kerjasama yang amat maksimal serta bersetuju atau sebulat suara dengan perlantikan yang telah dibuat.
PROGRAM PERKHIDMATAN KAUNTER KWSP PERCUMA
TUJUAN
Untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh KWSP termasuk berkongsi mengenai perancangan persaraan / kewangan kepada kumpulan sasaran.
AKTIVITI
Pelbagai perkhidmatan telah ditawarkan kepada komuniti yang hadir pada hari tersebut, contohnya mendaftar i-akuan, membuat simpanan i-saraan/ i-suri secara online, perdaftaran pencarum yang berumur 14 tahun ke atas secara percuma dan lain-lain lagi.
TAKLIMAT & LATIHAN USAHAWAN SKIM GERAM AUTOMASI PINTAR ( SAG)
TUJUAN
Taklimat & Latihan daripada MDec kepada peserta usahawan tani pintar yang berjaya mendapat SKIM GERAN AUTOMASI PINTAR ( SAG)
AKTIVITI
Peserta telah diberikan penerangan dan latihan mengenai apa kebaikan dan kelebihan setelah terpilih antara yang mendapat skim tersebut.
PERNIAGAAN SECARA ONLINE (SHOPEE)
TUJUAN
Memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara untuk menggunakan flatform https://shopee.com.my/
AKTIVITI
Peserta mempelajari cara untuk memasukkan produk baru serta maklumat produk ke dalam shopee shop sendiri.