IMG

Sesuatu yang tidak boleh dielakkan jika datang ke Terengganu makanan yang akan dijumpai sepanjang menyelusuri jalan adalah Kerepok Lekor dan juga Sata Ikan. Begitu juga di sekitar Kg Pengkalan Berangan. Makanan ini merupakan bukan asing kepada penduduk tempatan malahan saudara mara yang datang dari luar negeri Terengganu mahu pun pelancong yang datang mereka akan dihidangkan makanan ini sebagai santapan petang sebagai pencuci mulut. Makanan ini tidak susah dicari kerana ia berada di sekitar Kg Pengkalan Berangan dan sudah menjadi manu turun-temurun sejak berzaman lagi.