Pada 6 oktober 2016 berlangsungnya satu program KARNIVAL MEMANCING PERPADUAN di Kolam Wahee Ngail, Kg Kubu Pengkalan Berangan yang dianjurkan oleh KRT/SRS PENGKALAN BERANGAN
ingin menjana pendapatan sampingan RM100-RM1+++++ setiap bulan. syarat penyertaan eRezeki anda mestilah berumur 18 tahun dan keatas. jom daftar dan mendengar taklimat eRezeki di PI1M Pengkalan Berangan.
Pada 24 september 2016 (sabtu), telah berlangsungnya program keselamatan dan kejiranan 2016 yang disempurnakan oleh YBhg Pengarah JPNIN NTerengganu.
Sub-kategori
Sejarah
Sejarah |
SEJARAHKampung Pengkalan Berangan merupakan sebuah perkampungan nelayan sungai pada awal pembukaan perkampungan. Hal ini kerana pada awal pembukaan Kampung Pengkalan Berangan, ianya terletak di tepi Sungai Marang dan perkampungan ini berada di bahagian Hulu Sungai Marang. Pada awalnya, kebanyakan penduduk di sini menjalankan aktiviti di sungai seperti menjala, menjaring, memancing, membubu dan pelbagai lagi aktiviti dijalankan di sungai tersebut. Berdasarkan sejarah daripada orang-orang tua di sini, Kampung Pengkalan Berangan mendapat nama daripada sebuah pengkalan (jeti) yang dihubungkan dengan sebatang pokok berangan. Menurut sejarah, terdapat sebuah pengkalan yang digunakan oleh nelayan sungai untuk menyimpan perahu jalur dan memunggah hasil tangkapan. Berhampiran dengan pengkalan tersebut, terdapat sebatang pokok berangan yang menjadi tempat untuk nelayan berteduh seketika setelah balik dari sungai. Pada zaman dahulu, pengkalan tersebut amat penting bagi aktiviti ekonomi. Hal ini kerana hasil tangkapan di sungai dan hasil hutan akan dihantar ke Pekan Marang untuk dijual. Pengkalan tersebutlah yang digunakan untuk memunggah barang ke Perahu Jalur untuk dihantar ke Pekan Marang. Mereka hanya menggunakan jalan air untuk pergi ke Pekan Marang yang mengambil masa satu hari perjalanan. Namun begitu, Kampung Pengkalan Berangan semakin pesat membangun dengan bermula sebagai sebuah pengkalan. Pada masa kini, Kampung Pengkalan Berangan sudah membangun dengan adanya pelbagai kemudahan asas yang disediakan oleh pihak berwajib. |
Halaman 2 dari 2