padang padang2 padang3  padang4

Pembentukkan generasi muda yang mempunyai idealisme dan semangat perjuangan merupakan satu perkara yang sepatutnya menjadi satu agenda penting dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian generasi muda hari ini memerlukan satu pentuk pendidikan yang berterusan bagi memantapkan aqidah, akhlak, dan jiwa supaya taat pada perintah Allah.

Bagi mengelak daripada terjerumus kelembah yang membawa kepada kerosakan, golongan belia Kg Pengkalan Berangan telah mengambil beberapa inisiatif bagi mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat Antara aktiviti yang dijalankan adalah dengan menubuhkan pasukan bola sepak belia dengan diberi nama Pengkalan Berangan FC. Banyak kejuaraan yang telah dimenangi sejak penubuhan pasukan ini yang melibatkan pertandingan peringkat Kampung dan Dun.