MIV Monitoring Team
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk pemantauan aktiviti-aktiviti ICT yang telah dijalankan di Pusat Internet Pengkalan Berangan.
Aktiviti
Salah seorang daripada peserta MIV telah ditugaskan untuk mengajar peserta mengenai cara menggunakan Ms.word dengan betul dan turut diberikan juga latihan kepada peserta iaitu menaip surat rasmi serta menghantar tugasan tersebut melalui email masing-masing.