1. Felda Palong 11, Rompin
    2. Taman Desa Puteri, Jelai
    3. Kampung Lonek, Kuala Jempol
    4. Kampung Pulau Semut, Sungei Baru Ulu
    5. Kampung Pegoh, Pegoh
    6. Kampung Pulai Sebatang, Api-Api
    7. Felda Pasak, Kota Tinggi
    8. Kampung Langkah Baik, Pengerang
    9. Felda Lok Heng Selatan, Sedili Kechil
    10. Felda Sungai Mas, Tanjong Surat
    11. Felda Bukit Besar, Ulu Sungai Johor
    12. Taman Peramu Jaya 3, Pahang Tua
    13. Felda Chini 1, Penyor
    14. Kampung Batu Embun, Pedah
    15. Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar
    16. Penjom,Penjom
    17. RTP Sungai Ular, Ulu JelaiTP Sungai Ular, Ulu Jelai
    18. Rantau Perintis, Chenor
    19. Kampung Luit, Luit
    20. Simpang Pelangai, Pelangai
    21. Kampung Jambu Rias, Sabai
    22. Felda Keratong 2, Keratong
    23. Kampung Simpang Sepayang, Rompin
    24. Kampung Jabi, Jabi
    25. Kampung Pantai, Kuala Besut
    26. Seberang Jerteh, Pelagat
    27. Kampung Padang Jambu, Sura
    28. Kampung Pantai Merchang, Merchang
    29. Taman Rakyat Jaya
    30. Kampung Pulau Kerengga, Pulau Kerengga
    31. Sukau, Kinabatangan
    32. Pekan Kinabatangan
    33. Pi1M Darul Insan
    34. Beladin
    35. Pekan Marudi
    36. Igan, Igan
    37. Balingian, Balingian
    38. Lingga
    39. Pekan Kapit
    40. Pekan Kabong
    41. Pekan Samarahan
    42. Kampung Penan Muslim, Kampung Penan
    43. Pekan Tatau
    44. Pekan Pakan
    45. Pekan Julau
    46. Pekan Asajaya
    47. Pekan Dalat, Dalat
    48. Pekan Sarikei, Sarikei
    49. Taman Murai Jaya
    50. Taman Bidara Permai
    51. Pekan Rumbia
    52. Taman Kelemak Jaya
    53. Taman Angkasa Nuri
    54. Kg. Kemus, Taman Sri Naning
    55. Kg. Parit Selangor
    56. Taman Nilam
    57. Kg. Masjid, Teluk Ramunia
    58. Kg. Tempoyang
    59. Kg. Alor Lintang
    60. Kg. Che Lijah
    61. Felda Kerteh 2
    62. Kg. Binjai Bongkok
    63. Kg. Maritam
    64. Kg. Pelangi
    65. Kg. Batu Putih
    66. Kg. Lotong
    67. Felda Raja Alias 1, Serting Hilir
    68. Kampung Permatang Sepam, Benut
    69. Taman Lendu Bakti
    70. Kg Pinggan-Pinggan
    71. Lubuk Redan
    72. Song
    73. Felda Adela

IMG 7033

(PI1M PENGKALAN BERANGAN)

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Pengkalan Berangan ditubuhkan pada 1 Mei 2009.Pada awal penubuhan,PI1M Pengkalan Berangan dikenali  sebagai Pusat Jalur Lebar (PJL). Selepas beroperasi selama 3 tahun, PI1M Pengkalan Berangan telah dinaik taraf dengan bangunan baharu dan kemudahan yang lebih canggih dan terkini. Selepas bangunan baharu PI1M siap sepenuhnya, Pi1m Pengkalan Berangan telah beroperasi secara rasmi pada 12 Feb 2015.

47 2 646 2014-05-08 16.27.18  47 2 846 2014-05-08 16.07.52  

(BANGUNAN LAMA SEBELUM DINAIK TARAF)

516 419 IMG-20140929-WA0032 516 476 IMG-20140929-WA0031

(PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU PI1M)

IMG 0019

IMG 0002

IMG 0010

(Antara kemudahan yang ada di PI1M Pengkalan Berangan)

 

Pada 4 november 2016 (Jumaat) telah berlangsungnya Karnival Orang Muda di Pengadang baru

 14937175 1394145340604418 4212601515727618772 n 14980848 1394157167269902 2106007370820371579 n 

14991800 1394145453937740 5363839184526621337 n 14639712 1394145480604404 8526881293666993998 n

JUMLAH AHLI SEHINGGA MEI 2017 = 1270 ORANG

JUMLAH PENGGUNAAN SEHINGGA MEI 2017 = 20939 

pada 26 january 2017 telah berlangsung satu program bagi orang muda iaitu, ROAD iDANA TRANSFORMASI ORANG MUDA di Pusat Internet  kg Pengkalan Berangan.

16195269 1832847733663978 7823944286751668594 n 16179494 1832847630330655 4736640852416265398 o 

16114819 1832847433664008 5253844792819363348 n 16299684 1832847833663968 56582495551574494 o 

Sub-kategori

Keusahawanan & Perniagaan
KEUSAHAWANAN

Kampung Pengkalan Berangan merupakan sebuah perkampungan yang begitu pesat membangun dari segi ekonomi. Pelbagai  usaha dijalankan bagi menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Kebanyakan penduduk di sini menghasilkan produk berasaskan sumber pertanian dan penternakan  seperti pengusahaan keropok ubi kayu, kerepek, asam buah-buahan, jeruk, memelihara ikan keli, lintah dan pelbagai produk lagi. Semua produk yang diusahakan ini dipasarkan di kawasan kampung malah mendapat tempahan juga daripada masyarakat luar.Selain itu, bagi pengusaha produk yang berasaskan perkhidmatan seperti perkhidmatan pengangkutan, membaiki kenderaan dan jentera berat, menjahit pakaian, perkhidmatan sewa canopy dan alatan perkahwinan, dan pelbagai lagi. Semangat yang ditunjukkan oleh pengusaha-pengusaha di sini amat memberangsangkan demi meningkatkan taraf hidup mereka. Antara  keusahawanan yang dijalankan ialah: Pengusaha : Hajah Aminah Binti Awang YakJenis Perniagaan : Pembekal  MakananPuan Hajah Aminah Binti Awang Yak merupakan seorang pengusaha pembekal makanan. Memulakan perniagaan sejak 10 tahun yang lalu. Beliau menjalankan perniagaan ini hanya di rumah dan berdasarkan tempahan yang diperolehi daripada pelanggan.                                                                                 
Pengusaha : Puan Wan Hasnah Binti Wan AbdullahJenis Perniagaan : Pengusaha Kantin Puan Wan Hasnah Binti Wan Abdullah merupakan seorang  pengusaha kantin di Kampung Pengkalan Berangan. Beliau memulakan perniagaan membekal makanan di kantin sekolah. Memulakan perniagaan sejak 15 tahun yang lalu dengan berbekalkan wang simpanan. Pada awalnya, beliau hanya mempunyai hanya 3 orang pekerja sahaja, namun dengan usaha gigih beliau kini perniagaannya semakin maju dan sudah mempunyai  6 orang pekerja. Kini beliau menjalankan perniagaan di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan.
Pengusaha : Samsuddin Bin Mat Amin
Jenis Perniagaan: Ternakan LintahSamsuddin Bin Mat Amin merupakan seorang usahawan dalam bidang ternakan lintah. Beliau mengusahakan ternakan lintah semenjak 2 tahun yang lalu. Memulakan perniagaan dengan bermodalkan simpanan yang ada tanpa membuat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan, kini perniagaannya semakin maju dan mendapat tempahan anak benih lintah daripada pengusaha luar negeri. Selain itu, beliau juga membekal makanan lintah dan anak benih  bagi pengusaha-pengusaha yang baru menjalankan perniagaan.                                                
Pengusaha : Mohd Azuan Bin jusohJenis Perniagaan : Ternakan Kambing “Baka Beor”  Dan “Jamnapari”Mohd Azuan Bin Jusoh merupakan seorang usahawan muda dan gigih mengusahakan ternakan kambing baka jenis “Beor” dan “Jamnapari”. Memulakan penternakan dengan menternak secara kecil-kecilan dan kini jumlah kambing yang diternak sebanyak 15 ekor. Beliau mengusahakan ternakan kambing ini sejak 2 tahun lalu. Walaupun bermula dengan kecil-kecilan, namun beliau yakin dan percaya dapat berjaya suatu hari nanti.  
 
Pendidikan
PENDIDIKAN

Kampung Pengkalan Berangan tidak ketinggalan dalam meningkatkan taraf  pendidikan Negara. Di Kampung Pengkalan Berangan terdapat pelbagai  institusi pendidikan yang disediakan sama ada secara formal atau tidak formal. Kanak-kanak disini dilatih dan diajar sejak berumur 4 tahun lagi.  Pendidikan Formal1.       Tabika dan PRA sekolah1.1   Tabika (KEMAS) di Balai Raya Kg Bukit Baru Program pendidikan pra sekolah KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. 
                   
                                                                                  
tadika 2 
Tabika Kemas
 
1.2    Pra sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan Pendidikan pra sekolah adalah pendidikan untuk  membantu pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani anak didik diluar lingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar. Tujuan pendidikan pra sekolah untuk membantu meletakkan dasar  ke arah perkembangan sikap, pengetahuan,keterampilan dan daya cipta yang diperlukan untuk anak didik dalam menyesuaikan diri dalam lingkungannya dan untuk pertumbuhan serta perkembangan selanjutnya. Pra sekolah di Kampung Pengkalan Berangan dibuat di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan.    
                                                                                      
1.3   PASTI (dikendali oleh PAS) Sebuah Pusat asuhan kanak-kanak PASTI juga ditubuhkan disini yang dianjurkan oleh PAS. 
                            
2.       Sekolah Menengah dan Rendah
 
2.1   Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan (SKPB) Terdapat sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan yang mempunyai seramai  373 orang murid. Kebanyakan murid-murid  disini adalah dari Kampung Pengkalan Berangan dan juga dari kampung berhampiran.                                                             
skpb 101  
 Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan
 
2.2   Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan (SMKPB) Selain itu, sekolah menengah juga terdapat disini bagi meningkatkan tahap pendidikan. Pelajar-pelajar di sini seramai 1060 orang pelajar. Pendidikan  yang terdapat  di sekolah ini ialah bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6.   

 smkpb labe 101l
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan
 
3.       Kelas agama petang/kelas fardhu ain (KAFA) 
Merupakan inisiatif di bawah bimbingan Yayasan Islam Negeri Terengganu. Kelas ini diwujudkan di setiap sekolah rendah untuk pelajar-pelajar tahun 2 hingga tahun 5. Kelas ini diwujudkan bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam. Bagi pelajar tahun 5 penilaian akhir akan dinilai dengan Peperiksaan Khas. Kelas ini diadakan 3 kali seminggu iaitu pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan. 
 
PENDIDIKAN TIDAK FORMAL 
1.       Kelas mengaji Al-Quran dan Fardhu Ain, kelas ini diadakan setiap hari di Masjid Kampung Pengkalan Berangan yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa masjid. Tujuan diadakan adalah untuk meningkatkan taraf pengetahuan berkaitan dengan agama dan di samping memberi bimbingan agama. 
 2.       Ceramah Agama Setiap hari Sabtu Ceramah ini diadakan pada setiap hari  Sabtu di masjid Kampung Pengkalan Berangan yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam. Tujuan diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan agama bagi seluruh lapisan masyarakat. 
 
ckhas3 
Ceramah agama
 
3.       Perpustakaan DesaTerdapat sebuah Perpustakaan Desa di Kampung Pengkalan Berangan. Kewujudan Perpustakaan ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat sekitar untuk mendapatkan pelbagai ilmu untuk rujukan. Perpustakaan Desa juga terdapat 2 buah komputer bagi perkhidmatan ICT secara percuma bagi memberi pendedahan kepada masyarakat.                                         
 

    
label libary
Perpustakaan Desa Pengkalan Berangan
 
 
 
 
 
4.Malahan terdapat sebuah institusi pendidikan yang telah terbina sejak 2007 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2010. Merupakan projek Institusi yang dapat memberi peluang pendidikan dan pekerjaan kepada penduduk setempat. Pembangunan institusi ini juga telah meningkatkan taraf sumber ekonomi dan pendapatan penduduk disini  dan secara langsung menyumbang kepada peningkatan taraf hidup mereka. Antara objektif penubuhan Institut Latihan Perindustrian ( ILP ) ini Kg. Bukit Parit bersebelahan Kg. Pengkalan Berangan ini adalah ;

Ø  Meningkatkan akses dan peluang kepada pendidikan dan latihan dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional yang berkualiti dan relevan kepada semua peringkat dengan matlamat melahirkan K-Workers yang mahir selaras dengan keperluan Program Transformasi Kerajaan (GTP);

Ø  Memastikan pekerja mahir di dalam industri memenuhi spesifikasi yang diperlukan dengan mempunyai keupayaan pengetahuan dan kemahiran serta kompeten dan memiliki ‘nilai tambah’ dalam menjalankan tugas berdasar kepada keperluan Program Transformasi Ekonomi (ETP) supaya mampu memacu ke arah “Negara Berpendapatan Tinggi”;

Ø  Memperkukuhkan daya saing sumber manusia mahir menerusi program inovasi, penyelidikan dan perancangan serta menjadikan institut sebagai pusat ilmu dan kemahiran setempat dengan matlamat sebagai pemangkin transformasi ekonomi Negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya menjelang tahun 2020;

Ø  Mengukuhkan tahap keupayaan pelaksanaan perkhidmatan yang berkesan selari dengan NKRA Kementerian Sumber Manusia dengan sentiasa memastikan pengurusan pentadbiran yang cekap dan berkesan, pengurusan kewangan yang berhemah, pembangunan perkhidmatan dan kerjaya yang terurus dan terancang serta mengutamakan aspek keselamatan bangunan, pejabat, harta benda dan kesihatan pekerjaan dalam pelaksanaan tugas seharian disamping mewujudkan mekanisma aduan dan khidmat pelanggan sebagai pusat maklumbalas perkhidmatan.
 ilp marang