post posterA4-01

 

Hasil inisiatif dari kerjasama JAKIM & MCMC sebagai salah satu platform perlaksanaan advokasi ICT yang lebih menyeluruh. Pertandingan rekabentuk poster advokasi ICT ini bertemakan isu keselamatan internet dengan suntikan elemen nilai-nilai murni agama Islam. Tempoh pertandingan dirangka bermula pada 1 September hingga 30 November 2016. Kaedah ini adalah salah satu langkah untuk memperkasakan masyarakat mengenai mesej- mesej advokasi dan mempelbagaikan platform dakwah. Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my