MANISAN GULA TUAK @ GULA MELAKA
Gula Tuak atau dikenali Gula Melaka
Manisan Kampung Jenang dikenali dengan nama Gula Tuak merupakan salah satu sumber gula
yang banyak terdapat di Kampung Jenang. Gula ini diperbuat dari air nira kelapa. Kemanisan
dan dan kehalusan manisan Kampung Jenang asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak
terdapat di pasaran kini.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan air kelapa nira dan gula tuak ini boleh berkunjung ke Kampung Jenang
Marang, Terengganu.