KEUSAHAWANAN

Kampung Pengkalan Berangan merupakan sebuah perkampungan yang begitu pesat membangun dari segi ekonomi. Pelbagai  usaha dijalankan bagi menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Kebanyakan penduduk di sini menghasilkan produk berasaskan sumber pertanian dan penternakan  seperti pengusahaan keropok ubi kayu, kerepek, asam buah-buahan, jeruk, memelihara ikan keli, lintah dan pelbagai produk lagi. Semua produk yang diusahakan ini dipasarkan di kawasan kampung malah mendapat tempahan juga daripada masyarakat luar.Selain itu, bagi pengusaha produk yang berasaskan perkhidmatan seperti perkhidmatan pengangkutan, membaiki kenderaan dan jentera berat, menjahit pakaian, perkhidmatan sewa canopy dan alatan perkahwinan, dan pelbagai lagi. Semangat yang ditunjukkan oleh pengusaha-pengusaha di sini amat memberangsangkan demi meningkatkan taraf hidup mereka. Antara  keusahawanan yang dijalankan ialah: 
 
Pengusaha : Hajah Aminah Binti Awang Yak
Jenis Perniagaan : Pembekal  MakananPuan Hajah Aminah Binti Awang Yak merupakan seorang pengusaha pembekal makanan. Memulakan perniagaan sejak 10 tahun yang lalu. Beliau menjalankan perniagaan ini hanya di rumah dan berdasarkan tempahan yang diperolehi daripada pelanggan.                                                                                 
 
Pengusaha : Puan Wan Hasnah Binti Wan Abdullah
Jenis Perniagaan : Pengusaha Kantin Puan Wan Hasnah Binti Wan Abdullah merupakan seorang  pengusaha kantin di Kampung Pengkalan Berangan. Beliau memulakan perniagaan membekal makanan di kantin sekolah. Memulakan perniagaan sejak 15 tahun yang lalu dengan berbekalkan wang simpanan. Pada awalnya, beliau hanya mempunyai hanya 3 orang pekerja sahaja, namun dengan usaha gigih beliau kini perniagaannya semakin maju dan sudah mempunyai  6 orang pekerja. Kini beliau menjalankan perniagaan di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan.
 
Pengusaha : Samsuddin Bin Mat Amin
Jenis Perniagaan: Ternakan LintahSamsuddin Bin Mat Amin merupakan seorang usahawan dalam bidang ternakan lintah. Beliau mengusahakan ternakan lintah semenjak 2 tahun yang lalu. Memulakan perniagaan dengan bermodalkan simpanan yang ada tanpa membuat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan, kini perniagaannya semakin maju dan mendapat tempahan anak benih lintah daripada pengusaha luar negeri. Selain itu, beliau juga membekal makanan lintah dan anak benih  bagi pengusaha-pengusaha yang baru menjalankan perniagaan.                                                
 
Pengusaha : Mohd Azuan Bin jusoh
Jenis Perniagaan : Ternakan Kambing “Baka Beor”  Dan “Jamnapari”Mohd Azuan Bin Jusoh merupakan seorang usahawan muda dan gigih mengusahakan ternakan kambing baka jenis “Beor” dan “Jamnapari”. Memulakan penternakan dengan menternak secara kecil-kecilan dan kini jumlah kambing yang diternak sebanyak 15 ekor. Beliau mengusahakan ternakan kambing ini sejak 2 tahun lalu. Walaupun bermula dengan kecil-kecilan, namun beliau yakin dan percaya dapat berjaya suatu hari nanti.