Latihan Keusahawanan -Ms Word (WANITA)
Tujuan
Kelas Latihan Keusahawanan - Ms Word ( wanita ) telah dihadiri oleh seorang peserta dari golongan wanita. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta mengenai cara untuk menggunakan Ms.word dan cara menaip yang betul.
Aktiviti
Peserta telah ditugaskan untuk menyiapkan sebuah minit mesyuarat berdasarkan kemahiran yang telah diajar kepada peserta tersebut.
Peperiksaan Jawatan SPA8i Online
Tujuan
Peperiksaan Jawatan SPA8i Online telah dihadiri oleh 2 orang peserta dari golongan belia. Tujuan Peserta datang ke PI Pengkalan Berangan adalah untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Pengkalan Berangan seperti menggunakan PC, wifi serta tempat yang selesa.
Aktiviti
Peserta telah diberikan tempat yang selesa untuk menjawab peperiksaan.
Tujuan
Menawarkan pengajian serta kursus yang disediakan di UNITAR kepada pelajar lepasan SPM.
Aktiviti
Pihak UNITAR mengadakan sesi temuduga bersama ibubapa serta bakal penuntut institut tersebut.
Pendaftaran Tahun 1 2021/2022
Tujuan
Sesi Pendaftaran Online untuk Kemasukan Tahun 1 2021/2022 telah dihadiri oleh 2 orang golongan wanita. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta mengenai cara untuk memohon kemasukan tahun satu.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat pendaftaran secara Online untuk kemasukan tahun satu bagi anak masing-masing.
Latihan Keusahawanan - Pengenalan Kepada Bisnes Online
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta dari golongan belia dan wanita. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada peserta mengenai bisnes online.
Aktiviti
Peserta telah diberikan tunjuk ajar yang amat teliti dan berkesan kepada peserta untuk menceburi bidang perniagaan pada masa yang akan datang.